Tuesday, December 4, 2018

Kajian Pengurusan Pembelajaran





PENGHARGAAN
Pertama sekali syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya maka dapat kami menyiapkan tugasan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua individu yang telah terlibat membantu kami dalam melaksanakan tugasan kami ini secara langsung atau pun tidak langsung. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Uzi selaku Pensyarah  subjek KPS 3014 ini atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada kami. Terima kasih juga kepada reponden kerana sudi meluangkan masa untuk ditemu ramah oleh kami dan terima kasih buat semua rakan-rakan sekelas. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan dorongan mereka sehingga kami dapat menyiapkan tugasan kami ini. Kami juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam tugasan kami ini. Segala kekurangan harap dimaafkan sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan kami sendiri.

1.0  PENGENALAN
Pengurusan merupakan suatu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat ( Robbin, 1984). Selain itu, pembelajaran pula ditakrifkan sebagai sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman yang diperolehi oleh sesorang atau akibat latihan yang dijalankan (Hilgard & Atkinsion, 1975).Pengurusan Pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang paling utama dalam arena pendidikan. Bidang ini memberi impak yang besar bagi sesebuah institusi pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam aspek akademik pelajar.

Pengurusan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang (Nurlia Mohamad, 2012). Selain itu, mengurus pembelajaran ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner, 1984)

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

  1. Mengaitkan sistem pengurusan pembelajaran dengan teori sosiologi pembelajaran.
  2. Untuk mengetahui lebih lanjut sistem pengurusan pembelajaran sekolah di Malaysia.
  3. Mengenalpasti kaedah pengajaran dan pembelajaran di Malaysia dan luar negara.
  4. Membandingkan sistem pengurusan pembelajaran di negara-negara maju dan negara yang sedang membangun. 

3.0  METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian merupakan kaedah yang penting untuk melakukan sesuatu kajian agar perkara yang dikaji dapat dijalankan dengan menggunakan kaedah yang sesuai dan efaktif dalam menjawab permasalahan kajian. Metodologi kajian turut meliputi aspek cara, kaedah serta pendekatan yang digunakan untuk mencapai sasaran objektif kajian. Kaedah atau metode kajian menjadikan kajian yang dilakukan lebih tersusun dan sasaran kajain lebih terarah dalam mencapai matlamat dan objektif kajian. Oleh yang demikian, bagi menjadikan objektif kajian menepati tajuk tugasan, metodologi yang digunakan sepanjang proses pencarian maklumat adalah secara kualitatif dan carian bahan melalui sumber internet.

Kaedah yang pertama digunakan dalam pengumpulan data adalah menggunakan kaedah kualitatif, iaitu dengan menemubual beberapa responden. Tambahan pula, kaedah ini tidak memerlukan pengkaji menggunakan sampel yang banyak. Hal ini demikian kerana, pengkaji hanya menggunakan beberapa sampel untuk menjalakan kajian seperti seorang guru besar dan seorang guru penolong di sebuah sekolah rendah. Melalui metodologi secara kualitatif, pengkaji tidak perlu menggunakan pelbagai sampel kerana sumber yang diperoleh dariapada 2 sampel tersebut sudah mencukupi bagi mencapai sasaran tajuk yang diperlukan oleh pengkaji dalam memastikan objektif kajian dapat dicapai. Oleh sebab itu, kaedah secara kaulitatif adalah lebih mudah kerana pengkaji hanya perlu menyediakan beberapa jenis pertanyaan dan lebih memudahkan pengkaji dalam menyususn startegi dalam menjawab permasalahan kajian. 
Metodologi yang seterusnya adalah melalaui caraian bahan daripada sumber sekunder di internet. Kedah ini digunakan oleh pengkaji bagi memberikan pengukuhan yang kebih kuat dalam menjawab permasalahan kajian. Di samping itu, kaedah juga digunakan dengan mengumpul bahan-bahan bacaan ilmiah di internet seperti artikel, jurnal dan majalah internet bagi membantu pengkaji mencapai matlamat objektif tajuk tugasan. Oleh yang demikian, kaedah yang ini telah digunakan oleh pengkaji bagi membantu menyelesaikan tugasan serta dapat memberipengukuhan kepada maklumat yang diperoleh melalui metodologi yang pertama. 

4.0 DAPATAN  KAJIAN

Hasil kajian ini mendapati bahawa guru-guru di sekolah merancang rancangan pengajaran mereka berpandukan Dokumen  Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selain itu, lawatan ke sekolah dapat mendedahkan kepada pengakji tentang sistem pendidikan yang terkini berdasarkan pelaksanaandi peringkat sekolah khususnya kepada pelajar.Di samping, melalui pencarian internet pengkaji mendapati terdapat beberapa perbezaan sistem pendidikan di negara maju dan egara yang sedang membangun. Negara maju seperti Finland dan Jepun.

Di Malaysia,  Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah satu transformasi yang akan menggantikan kurikulum yang sedia ada iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa semasa. Transformasi kurikulum sekolah rendah ini merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011a).

KSSR ialah hasil penambahbaikan dan semakan terhadap Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah dilaksanakan hampir tiga dekad. Kurikulum baru ini adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Antaranya ialah untuk memastikan semua murid melepasi standard yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas menerusi pemikiran yang dijalankan secara berterusan. Seterusnya guru boleh menganalisis dan membuat tindakan susulan supaya murid mencapai standard yang ditetapkan (Norazilawati Abdullah, Noraini Mohd Noh, Mahizer Hamzah, Nik Azmah Nik Yusuf & Rumaizah Omar, 2014). 

KESAN KEPADA PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Guru sebagai pelaksana kurikulum dan menyampaikannya di sekolah sewajarnya menerima sesuatu pembaharuan kurikulum dengan penuh kesediaan dan komitmen. Kesediaan guru menerima perubahan kurikulum akan dapat menentukan hasrat dan matlamat kerajaan dalam pembaharuan dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Para guru harus menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dari segi kefahaman, pengetahuan, pelaksanaan dan juga kesediaan serta sikap mereka terhadap sesuatu perubahan (Tay Meng Guat, Kirar ak Sare & Litat Bilung, 2015).Perubahan kurikulum atau lebih dikenali sebagai satu transformasi kurikulum adalah suatu perkara yang memang dijangka akan berlaku. Sejajar dengan perubahan arus permodenan negara yang menuju ke arah sebuah negara maju serta mempunyai rakyat yang berpendidikan tinggi, sudah pasti sokongan yang amat kuat diperlukan dalam sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan yang benar-benar mantap dari semua aspek kehidupan.

Keberkesanan pengajaran diukur berdasarkan sejauh manakah hasil objektif pelajar telah dicapai melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dan dilaksanakan (Norazilawati Abdullah, Noraini Mohd Noh, Mahizer Hamzah, Nik Azmah Nik Yusuf& Rumaizah Omar, 2014 ). Hal ini, membuktikan keberkesanan sesuatu pengajaran dapat diukur melalui pemahaman pelajar terhadap proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Perancangan proses pengajaran akan dapat membantu pelajar dalam mencapai kefahaman terhadap sesuatu objek. Hasil pengajaran yang selaras dengan objektif pengajaran akan membantu pelajar untuk mengikuti sesi PdPc di dalam kelas.

5.0 PERBINCANGAN

APA ITU RPH DAN RPI?

RPH yang rapi dan tersusun sudah pasti dapat membantu pelajar menerima dan memahami isi pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Guru pula sudah pasti mempunyai kompetensi yang tinggi dalam penulisan RPH. Penyediaan RPH mempunyai banyak kepentingan terhadap guru di antaranya RPH memberi idea yang jelas kepada guru tentang isi pelajaran yang perlu diajar sepanjang hari tersebut. Guru perlu menyediakan RPH bagi setiap subjek yang diajarnya walaupun subjek yang diajar adalah sama tetapi berbeza dari segi tahap pelajar. Hal ini kerana guru perlu meyediakan RPH yang sesuai dengan tahap pelajar seperti melakukan aktiviti pengajaran yang berbeza di anatara satu kelas dengan kelas yang lain (Noor Shamshinar Zakaria, Mohd Salihin Hafizi, Mohd Fauzi Zakiah Hassan, Julia Madzalan & Haslina Hamzah, 2017)
KESAN RPH DAN RPI KEPADA PENGURUSAN PEMBELAJARAN

RPH ini akan menjadikan pelajar lebih bertanggung jawab dan memainkan peranan yang penting sebagai pengurus dan pengendali kepada kaedah belajar mereka sendiri dengan matlamat untuk menyiapkan projek berdasarkan objektif pembelajaran. Apabila guru mencapai objektif pengajaran berasakan RPH yang dirangka maka pengurusan pembelajaran dalam sekolah akan berjalan dengan lancar dan impak yang positif kepada penguasaan pelajar terhadap sesuatu ilmu.

Kaedah konvensional dengan menjadikan guru lebih banyak bercakap, memberi pendapat, idea dan penerangan boleh dikurangkan dengan menjadikan RPH ini sebagai panduan. Selain itu, guru juga diharapkan dapat menjadikan RPH ini sebagai panduan untuk membina atau mengubahsuai sendiri aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar masing-masing dalam apa jua topik yang disampaikan bagi menjadikan sesuatu pembelajaran lebih bermakna dan meninggalkan kesan yang positif kepada pelajar (Zaharah Che Isa & Nurulwahida Hj Azid@Aziz, 2016)

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

Alat Bantu Mengajar atau lebih dikenali sebagai ABM merupakan intipati dalam membantu guru bagi melicinkan dan melancarkan sesi penagajaran dalam usaha memudahkan pelajar memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Thomas, R.Murray, Swartout, 
Sherwin G ( 1963)“ …hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu  pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiahdan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.” Penggunaan bahan bantu mengajar memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (OmardinAshaari, 1999).

Antara rasionalnya penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran danpembelajaran ini adalah untuk mengetengahkan konsep. Ini bermaksud pelajar dapatmenyaksikan sendiri tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasamenyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Pengajaran guru akan lebih mudah denganpenggunaan bahan bantu mengajar, lebih–lebih lagi bahan yang digunakan itu bersesuaiandengan tajuk pelajaran yang disampaikan oleh guru. Antara lain rasionalnya adalah untukmencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi pengalak dalampenyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yangsesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberipenerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar. Di samping itu, memberi rangsangan dan minat murid-muird, menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid, membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal serta menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain dan dapat menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam. 
Dari segi kefahaman murid dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata dan ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid.Sebagai rumusannya ABM adalah sangat penting kerana dapat menjimatkan masa, dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid dan menyeronokkan murid-murid. Ciri-ciri Pemilihan Bahan Bantu Mengajar Yang Berkesan

                 Dalam penyesuaian bahan-bahan bahasa, guru perlu memastikan bahawa butir-butir dalam kandungan bahasa itu mengandungi unsur-unsur bahasa dan penerangan bahasa yang selari dengan kehendak kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia. Disamping itu, guru hendaklah juga memastikan bahawa aktiviti-aktiviti bahasa yang terdapat dalam bahan-bahan tersebut dapat membantu murid-murid membentuk kecekapan bahasa dan kecekapan berbahasa mereka. Semasa menyesuaikan semula bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian.

a)    Inspirasi dan kreativiti

Aspek ini hendaklah ditekankan oleh guru supaya bahan-bahan yang disediakan menggalakkan daya cipta dan kreativiti para elajar. Ini bermakna, daripada bahan-bahan itu, mereka dapat memanjangkan pandangan dan pendapat mereka, mendapatkan inspirasi mencipta idea-idea baru dan sebagainya.

b)   Menjadikan dialog bersifat komunikatif

Aspek ini ditekankan supaya pelajar-pelajar dapat peluang berinteraksi sesama sendiri dan menguasai kecekapan berbahasa.

c)    Menjadikan aktiviti pembelajaran releven dan berguna

Bahan-bahan pengajaran haruslah disesuaikan supaya ianya berkaitan dengan objektif pembelajaran dan memberi faedah kepada para pelajar apabila ianya dapat dikuasai.

d)   Mengadakan beberapa contoh yang praktikal

Bahan-bahan yang berupaya memberikan contoh-contoh yang praktikal membolehkan pelajar-pelajar memahami aspek-aspek pembelajaran dengan baik di samping dapat pula bekerja dalam konteks dan situasi yang bermakna.

e)    Memenuhi keperluan pelajar sama ada dari segi luaran dan psikologi

Dari segi luaran, bahan-bahan itu haruslah berguna dan dapat memenuhi keperluan belajar pelajar-pelajar. Ini bermakna, bahan-bahan itu harus boleh membantu para pelajar dalam kerjaya mereka atau membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang baik. Dari segi psikologi pula, bahan-bahan itu haruslah dapat memenuhi keperluan pelajar-pelajar terutama dari segi minat, kebolehan mental, umur, kecenderungan dan sebagainya.
PEMBINAAN BAHAN-BAHAN PEMBELAJARAN

Pembinaan bahan-bahan pengajaran dilakukan setelah guru-guru dapat memilih dan mengolah bahan-bahan yang difikirkan sesuai untuk diketengahkan kepada murid-murid mereka. Sebenarnya ada banyak faktor yang harus dilibatkan dalam proses pembinaan bahan. Berdasarkan tinjauan ke sekolah , guru menyatakan di mana Alat Bantu Mengajar boleh disediakan oleh guru sendiri atau pelajar dan boleh juga guru memberi pesanan kepada pelajar untuk membawa bahan sendiri untuk menghasilkan ABM.

PENDEKATAN DALAM KELAS UNTUK PELAJAR

STRATEGI

Gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid menerusi pelaksanaan KSSR mestilah sentiasa akur dan sejajar. Keperluaan untuk pengubahsuaian kaedah latihan adalah bertujuan untuk mengurangkan kecairan maklumat dan sekaligus memberikan input secukupnya untuk melaksanakan KSSR dengan lebih berkesan (Tay Meng Guat, Kirar ak Sare & Litat Bilung, 2015). Untuk melaksanakan kurikulum dengan berjaya, guru hendaklah terlebih dahulu memahami dan menghayati falsafah dan matlamat, struktur dan organisasi kurikulum serta kandungannya. Di samping itu guru harus mempunyai pengetahuan tentang subjek pengkhususannya serta kemahiran mengajar
Peranan guru juga besar dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan Satu Murid Satu Sukan (1M1S). Sasaran utama adalah untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar dan bidang yang menjadi tumpuan adalah prasekolah, kemahiran asas literasi dan numerasi, Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan peningkatan prestasi Pengetua dan Guru Besar ( Utusan Melayu, 2011). Hal ini, menunjukkan peranan pihak pentadbir dalam memastikan kelancaran dan pelaksanaan program-program yang dirangka oleh KPM terhadap pengurusan sekolah.

GURU LAIN OPSYEN

Sikap guru terhadap pengajarannya dan inisiatif guru untuk sentiasa mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan bagi tujuan penambahbaikan pengajarannya. Guru yang bersikap positif terhadap pengajarannya sentiasa menganggap setiap masalah yang timbul sebagai cabaran yang harus dihadapi dengan tabah. Oleh itu guru sentiasa berusaha meningkatkan mutu pengajaran agar memberikan hasil yang lebih baik lagi (Magdeline Anak Nor& Zamri Mahamod, 2014). Hal ini, menunjukkan guru mengajar bukan opsyen bukanlah alasan yang wajar digunakan oleh guru-guru kerana ia bergantung kepada sikap individu untuk bersedia dengan cabaran yang mendatang. Maka seorang pendidik khususnya siswazah yang baru sahaja menceburi bidang perguruan perlu peka dengan situasi ini dan mengumpul ilmu sebanyak mungkin.

Dr. Wan Azizah pagi tadi dalam Perutusan Hari Guru 2018 memberitahu, kerajaan komited untuk memastikan guru dapat memberi tumpuan sepenuhnya ketika mengajar. Beliau turut mengumumkan akan mewujudkan biasiswa khas untuk guru menyambung pengajian dan meningkatkan tahap profesionalisme mereka (utusan online, 2018). Hal ini menunjukkan tumpuan seorang dalam profesion masing-masing amat penting bagi mencapai tahap penguasaan terhadap pengajaran. Guru digalakkan meningkatkan ilmu dan kemahiran dan tidak menggunankan kaedah yang baku untuk mendidik pelajar. Hal ini, akan mempengaruhi tahap IQ pelajar dalam proses pemikiran secara kritis dan kreatif.
Oleh itu, guru yang mengajar bukan opsyen perl lebih bersedia terhadap apa-apa bentuk tugasan yang diberikan oleh pihak pentadbiran. Guru juga perlu bijak dalam menggunakan konsep pendidikan terkini iaitu pembelajaran abad 21. Sehingga hari ini guru-guru yang baru menamatkan pengajian tidak ditempatkan di atas landasan yang sebenar. Walaubagaimanapun, guru tersebut boleh mengisi kekosongan dan keperluan mata pelajaran itu, tetapi mungkin gagal menyampaikan sesuatu ilmu itu dengan berkesan.

STRATEGI PEMBELAJARAN TIGA ASPEK
Bagaimana strategi pembelajaran di sekolah dapat dilakukan berdasarkan 3 aspek iaitu berpusatkan guru, pelajar atau bahan?

Berdasarkan temu bual yang dilakukan di sekolah A bersama Puan Siti beliau berpendapat bahawa  pada abad ini, Pendidikan negara kita lebih memfokuskan kepada pembelajaran abad ke-21, ada yang berpusatkan murid, bahan dan guru namun sekiranya cikgu tersebut bersedia maka ia boleh dilaksanakan dengan progresif dalam melaksanakan pengurusan pembelajaran. Melalui penggunaan kaedah berpusatkan guru, boleh dimaksudkan bahawa guru mempunyai kuasa dalam mengawal sepenuhnya kelas dan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). sebagai contoh, bagi kaedah ini seolah-olah guru memberi kuliah di hadapan kelas dan pelajar mendengar  syarahan guru di meja masing-masing. Kaedah ini tidak menggalakkan pelajar memberi pendapat mereka sendiri walaupun mereka berkemungkinan besar mempunyai lebih pengetahuan sedia ada dalam diri mereka melalui pemerhatian atau pengalaman hidup mereka sendiri. 

Selain itu, pengajaran berpusatkan murid pula atau lebih dikenali sebagai strategi pengajaran tidak langsung. Berbeza dengan berpusatkan guru, berpusatkan murid mengalih peranan guru daripada tenaga pengajar kepada pemudahcara atau fasilitator. Semasa proses pembelajaran berlaku di dalam kelas, murid akan terlibat secara aktif dan sepenuhnya dalam aktiviti berfikir, mencari maklumat, merumus, membentang, menilai, berkolaborasi, bekerjasama dan membuat refleksi pembelajaran semasa pembentangan. Murid ini akan dibahagikan di dalam kumpulan supaya mereka dapat memupuk kerjasama dan secara tidak langsung, murid akan membina kefahaman dengan menggunakan sumber yang telah disediakan oleh guru sebagai asas (teknik scaffholding) secara hands-on dan minds-on dan bekerja secara koperatif dan saling bekerjasama dengan rakan. Penekanan tersebut membuatkan murid dapat melaksanakan pembelajaran kearah kendiri dan mengikut kadar kemampuan diri sendiri.

 SISTEM PENDIDIKAN TERKINI.
Apakah yang cikgu faham mengenai pembelajaran abad ke-21 dan kesannya kepada pengurusan pembelajaran di sekolah?        

Melalui temu bual yang di perolehi daripada Puan Siti, Pembelajaran abad ke-21 bukan berpusatkan guru tapi berpusatkan murid, murid ini akan dibahagikan dalam kumpulan dan belajar melalui bahan yang disediakan oleh guru dan mereka membincangkan di dalam kumpulan seterusnya membentangkan di hadapan guru dan murid-murid lain. Melalui pendedahan yang dilaksanakan dalam pembelajaran abad ke 21 kepada murid terdapat segelintir daripadanya  mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap diri murid-murid tersebut dan mampu meningkatkan daya saing dalam diri murid-murid tersebut. 
Dalam pengaplikasi strategi dalam pembelajaran abad ke 21 ini tidak bermakna murid dapat menentukan apa yang mereka ingin pelajari atau lakukan. Apabila strategi ini diinterpretasikan kepada murid, mereka lebih cenderung memilih tajuk, kaedah dan aktiviti mereka sendiri. Seterusnya, melalui strategi yang dilakukan ini akan menjadikan tumpuan murid lebih kepada pembelajaran yang akan memberikan pengalaman yang bermakna kepada murid. Guru dinasihatkan agar tidak hanya menjadi fasilitator yang duduk menunggu murid mendatanginya. Selain memerlukan pelajar aktif melibatkan dalam aktiviti P&P, guru juga harus menjadi fasilitator dan pembimbing yang aktif. Dewasa ini, strategi pengajaran berpusatkan murid telah banyak digunakan oleh para guru semasa menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Noriati (2009) mendefinisikan strategi pengajaran berpusatkan murid sebagai pengambil alihan tugas atau tanggungjawab daripada guru oleh murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Strategi ini melibatkan murid secara aktif dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan seperti yang dinyatakan oleh (Orlich et al.,2007) dalam Noriati (2009). 
Dalam strategi ini, guru hendaklah memastikan murid-murid belajar sesuatu dan membina pengetahuan mereka sendiri melalui aktiviti yang dilakukan. Esah (2003) menyatakan bahawa guru hendaklah mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran semasa menyediakan aktiviti untuk mereka. Selain itu, strategi ini juga dapat meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kemahiran berfikir, menambahkan keyakinan diri, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama dalam kalangan murid (Shahabuddin,2007). Strategi pengajaran berpusatkan murid mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Antaranya adalah seperti yang dinyatakan oleh Noriati (2009) iaitu murid lebih minat dalam pelajaran, melibatkan komunikasi dua hala, kepimpinan bercorak demokratik, membina kreativiti murid dan pembelajaran bercorak pengarahan kendiri. 

PDPC BERASASKAN TEORI
Pada pendapat cikgu, bersetuju atau tidak pada pembelajaran dan pemudahcaraan berasaskan teori?

Berdasarkan kepada penggunaan teori ini adakalanya guru boleh menggunakan tetapi ada kalanya guru tidak boleh ikut secara teori. Teori ini hanya di atas kertas sahaja bila di depan murid tidak boleh dikatakan psikologi tapi di belakang murid boleh psikologi kerana terdapat segelintir murid yang tidak boleh dimarahi. Dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PDPC), sebagai seorang guru haruslah mempunyai peranan dalam merancang, mengawal, membimbing, mendorong dan menilai untuk memperkembangan lagi potensi murid secara holistik dan menghasilkan pencapaian murid pada tahap optimum yang berterusan. Selain itu, peranan murid adalah mampu menguasai kemahiran dan ilmu pengetahuan serta mengamalkan nilai-nilai positif dalam diri murid. Dalam pengaplikasiaan pembelajaran abad ke-21 terdapat satu transformasi telah berlaku di dalam dunia Pendidikan iaitu dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran (PDP). 

Penggunaan teori kepada pelajar sangat digalakkan, namun terdapat segelintir pelajar sahaja yang dapat mengikutinya tetapi selebihnya tidak memahami apa yang diterangkan oleh guru di hadapan. Hal ini demikian kerana, pelajar tersebut akan mengalami masalah dalam untuk memahami konsep yang diajarkan oleh guru. Ini akan menjejaskan lagi prestasi kefahaman murid di dalam pembelajaran dan menyukarkan murid serta guru. Sebagai seorang guru adalah pemudahcaraan dalam membantu murid meningkatkan lag potensi di dalam pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar ini memahami apa yang diajar oleh guru. Tugas guru adalah merancang untuk memastikan persediaan dan kesediaan yang rapi dalam pembelajaran.

 SISTEM ATAS TALIAN
Pada pendapat cikgu, tentang penggunaan sistem atas talian adakah ia membantu atau tidak membantu?
Berdasarkan pandangan yang diberikan oleh Puan Siti, penggunaan sistem online ini sebenarnya memerlukan pemantauan. Dalam penggunaan sistem atas talian ini hanya merekod samada guru membuat kerja atau tidak membuat kerja. Dan pihak atasan perlu memantau dengan lebih kerap supaya mereka boleh melihat samada keberkesanan pembelajaran yang diberikan kepada murid-murid ini meningkat atau tidak meningkat. Melalui sistem atas talian  Ini juga membantu memudahkan urusan guru sebagai contoh, memasukkan markah peperiksaan akhir tahun. Melalui sistem atas talian ini juga mampu menjimatkan masa kerana ia memudahkan proses memasukkan markah atau untuk mengemaskini markah peperiksaan.

Namun, terdapat juga kesan kurang baik penggunaan sistem atas talian kepada guru dan pelajar. Dari segi guru, terdapat segelintir guru yang kurang mematuhi peraturan dengan menyalahgunakan sistem yang diguna pakai atau erti kata lain menyeleweng. Ini akan menjejaskan reputasi seorang guru jika tidak melaksanakan tugas dengan penuh berertika dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru. Namun, terdapat juga guru yang mematuhi peraturan dalam menjalankan tugas. Ini merupakan kredibiliti seorang guru yang bagus dalam menjalankan tugas.

Selain itu, Keberkesanan Pembelajaran melalui program dalam talian juga pelajar ini akan diberi lebih banyak kebebasan, yang boleh menjadi masalah bagi pelajar yang tidak tahu bagaimana untuk mengendalikan. Hal ini demikian juga bermaksud pelajar tidak bertanggungjawab dalam pembelajaran mereka sendiri kerana tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh guru dalam menjalankan tugas. Ini akan menyebabkan proses pembelajaran yang lebih sukar samaada terhadap guru dan pelajar. Akhirnya, pelajar perlu perlu diberikan penegasan supaya pelajar ini dapat memotivasikan diri untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya serta berjaya. 

NEGARA MAJU (JEPUN)

Jepun merupakan sebuah negara yang maju dari pelbagai jenis aspek seperti teknologi mahupun pendidikan. Pendidikan di Jepun adalah jauh lebih maju berbanding negara-negara lain khususnya negara Malaysia. Terdapat satu kaedah atau pendekatan yang digunakan di Jepun dalam memajukan proses pembelajaran masyarakat mereka iaitu dikenali sebagai Lesson Study. Lesson Study telah bertapak di negara Jepun sejak 100 tahun yang lalu dan telah menjadi sebahagian daripada budaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran rakyat Jepun.Lesson Study ialah satu istilah yang bermaksud belajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Mohamed Naim Daipi, 2009).

Dalam bahasa Jepun, Lesson study dikenali sebagai "Jugyokenkyu" yang bermaksud "kajian pengajaran” malah istilah Lesson study juga telah diperkenalkan oleh Makoto Yoshida, seorang pakar yang berpengalaman luas didalam bidang ini (Fernandez & Yoshida, 2004). Lesson study merupakan suatu pendekatan bertujuan untuk melakukan penelitian terhadap pengajaran guru dalam kelas. Pendekatan ini juga bertujuan untuk meneroka perkembangan pembelajaran pelajar dengan lebih mendalam dan bermakna kerana ia memberi penekanan kepada proses pembelajaran (Zanaton H. lksan, Aida Abdul Karim, Fariza Khalid, Rosseni Din,EffandiZakaria, Mohd Yusoff Daud & Roslinda Rosli, 2015)Pelaksanaan pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengubah pendekatan pengajaran guru yang bersifat individual kepada pendekatan berbentuk perkongsian, perbincangan dan kerjasama melalui proses pembelajaran komuniti.

Pelaksanaan Lesson Study adalah melibatkan beberapa orang guru dalam satu sesi pengajaran. Guru-guru dikehendaki bekerjasama bagi setiap sesi pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Pelaksaan Lesson Study mempunyai beberapa langkah iaitu yang pertama guru perlu berbincang terlebih dahulu untuk menentukan objektif pengajaran yang sesuai dengan sasaran pelajar. Langkah kedua pula ialah guru perlu bekerjasama untuk membina Rancangan Pengajaran (RP) yang lengkap untuk pengajaran. Kerjasama ini adalah bertujuan untuk untuk menjana lebih banyak idea yang lebih bernas bagi menghasilan RP yang lebih menarik dan berkesan.Seterusnya, langkah ketiga pula seorang guru akan melaksanakan pengajaran di dalam kelas sebenar manakala guru yang lain akan memantau dan menilai pengajaran guru tersebut.

Oleh itu, mereka akan lebih memahami isi pengajaran yang ingin disampaikan kerana mereka telah menyiapkan RP bersama-sama. Oleh yang demikian, pencerapan terhadap respon pelajar dapat dilakukan dengan lebih baik. Seterusnya,  setelah selesai sesi pengajaran,kesemua guru akan membuat refleksi tentang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) tersebut dan berbincang dengan melihat kekuatan dan kelemahan pengajaran semasa proses pengajaran. Oleh itu, penambahbaikan dapat dilakukan dengan memperbaiki Rancangan Pengajaran (RP) sedia ada dan seterusnya pengajaran kali kedua boleh dilakukan dengan merujuk kepada RP yang telah diperbaiki dan dikembangkan. Oleh sebab itu, pendidikan di Jepun sangat berkualiti kerana mereka akan sentiasa melakukan penambahbaikan sehingga mencapai matlamat yang diinginkan.
FINLAND

Pendidikan di Finland terbahagi kepada 4 tahap. Antara tahap pendidikan di Finland seperti pra pendidikan, pendidikan asas, pendidikan menengah dan terakhir sekali pendidikan tinggi. Tahap pertama iaitu pra pendidikan (umur bawah 7 tahun). Pada tahap ini pihak bertanggungjawab akan menyediakan pra pendidikan di sekolah, pusat jagaan atau tempat-tempat yang sesuai. Kanak-kanak yang bawah umur 7 tahun tidak wajib mendaftar dan pendidikan ini diberikan secara percuma. Tujuan utama pra pendidikan dijalankan untuk mengajar anak-anak kecil supaya lebih berdikari, proaktif, bekerjasama dan berani dalam latihan fizikal. Tahap seterusnya adalah pendidikan asas (gred 1 hingga gred 9). Tahap ini wajib diikuti pada umur 7 hingga 15 tahun. Terbahagi kepada Basic & Lower Upper Education. Upper Education diberi percuma bagi makan tengahari, buku, alatan menulis serta pengangkutan bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk datang ke sekolah. Hari persekolahan di Finland sebanyak 190 hari manakala cuti musim panas selama 90 hari.

Tahap ketiga merupakan pendidikan menengah (gred 10 hingga gred 12). Tahap ini wajib diikuti diantara umur 16 hingga 18 tahun. Manakala, yuran dan makanan tengahari diberi percuma tetapi buku dan peralatan tidak disediakan. Terdapat 2 pilihan pada tahap ini iaitu Upper Secondary School (Sekolah Menengah Atas) dan Vocational Secondary and Apprenticeship Training. Antara syarat kemasukan Upper Secondary School (Sekolah Menengah Atas) pelajar perlu menghabiskan pendidikan asas. Tahap ini khusus kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Di akhir persekolahan, pelajar perlu menduduki peperiksaan Matrikulasi iaitu sebagai syarat ke pendidikan tinggi. Pilihan kedua iaitu Vocational Secondary and Apprenticeship Training pula bagi pelajar yang ingin ke dunia pekerjaan.

Pendidikan tinggi merupakan tahap terakhir dan terdapat 2 sistem pendidikan tinggi iaitu universiti dan politeknik. Fokus universiti pada penelitian dan memberikan pendidikan yang lebih teori. Tempoh pengajian bagi Bachelor’s Degree selama 3 tahun, Master’s Degree selama 2 tahun dan peringkat seterusnya Doctorate Degree. Antara program terkenal seperti pendidikan sekolah rendah, psikologi, media massa dan sosial sains. Seterusnya, politeknik pula fokus pada kemahiran praktikal dan jarang melakukan penyediaan, tetapi apa yang mereka lakukan terlibat secara langsung dalam projek-projek pembangunan industri. Tempoh pengajian Politeknik Diploma (S1) selama 3-4 tahun dan Politeknik Master’s Degree pula selama 1-2 tahun.

Di Finland, tiada diskriminasi dalam kurikulum dan semua mendapat hak sama rata dalam pendidikan. Antara sistem kurikulum yang dilaksanakan di Finland adalah kesamarataan di antara sekolah. Hal ini dimana, pelajar cemerlang membantu pelajar yang lemah. Konsep ini sangat penting bagi mengelakkan pihak tertentu daripada hanya memberi fokus kepada sekolah cemerlang sahaja dan sekolah yang kurang cemerlang pula diabaikan. Amalan ini diamalkan di antara sekolah-sekolah di Finland.

Seterusnya, kanak-kanak mula bersekolah pada usia yang lambat. Di Finland, kanak-kanak hanya mula bersekolah pada umur 7 tahun. Sebelum kanak-kanak bersekolah, ibu bapa mempunyai pilihan sama ada ingin menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan berkualiti tinggi yang bersubsidi ataupun ke pra sekolah. Sebelum usia 7 tahun, pembelajaran secara tidak langsung melalui bermain sangat dititikberatkan kepada mereka. Pendekatan sebegini diambil kerana Falsafah Pendidikan di Finland percaya bahawa kanak-kanak akan lebih cepat belajar sekiranya mereka sudah pun bersedia dan bukannya dipaksa.

Bermain dan aktiviti adalah sebahagian daripada kurikulum di Finland. Arja-Sisko Holappa, kaunselor di Lembaga Pendidikan Kebangsaan Finland menegaskan bahawa amatlah penting untuk pihak sekolah memastikan kanak-kanak sentiasa gembira dalam proses pembelajaran. Setiap sekolah di Finland mempunyai unit kebajikan yang dikhaskan untuk memastikan kanak-kanak sentiasa gembira di sekolah. Selain daripada subjek bahasa, matematik dan sains, kanak-kanak juga banyak dilibatkan dengan subjek-subjek tambahan seperti pendidikan jasmani, senireka, etika dan muzik.

Menurut (Weller, 2017) selang masa antara setiap subjek, pelajar diberikan masa 15 minit untuk melakukan aktiviti bebas di luar kelas sebanyak 4 kali sehari. Para guru dan ibu bapa di Finland merasakan bahawa aktiviti-aktiviti tersebut merupakan satu keperluan dalam proses pembelajaran di sekolah. Mereka juga diberikan kerja rumah tetapi dalam kadar yang sangat sedikit. Ini adalah untuk memberikan mereka lebih masa untuk bermain dan melakukan aktiviti apabila mereka pulang dari sekolah.
NEGARA MEMBANGUN (PAKISTAN)

Pendidikan amat penting dalam membina sesebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang kerana pendidikan boleh melahirkan para ilmuan yang bijak pandai yang mampu menyumbang kepada pembangunan sesebuah negra. Sebagai contoh, negara yang maju seperti Jepun, Finland, Australia dan lain-lain sangat mementingkan pendidikan kepada rakyat mereka kerana pendidikan yang baik dan berteknologi juga mampu menjadikan sesebuah negara itu maju kehadapan dalam pelbagai bidang. Namun begitu, sedikit menyedihkan kerana terdapat beberapa negara yang sedang membangun kini masih mempunyai halangan dan rintangan dalam memberikan pendidikan yang maju dan lengkap kepada raknyatnya misalnya, Pakistan dan negara membangun yang lain.

Pakistan mempunyai sistem yang lebih kurang sama dengan negara-negara yang lain namun terdapat beberapa faktor yang menyukarkan mereka untuk mengurus pendidikan dengan baik. Pakistan merupakan sebuah negara yang rata-rata penduduknya adalah yang beragama islam. Pendidikan di negara ini juga mempunyai sedikit perbezaan berbanding dengan sistem pengurusan dengan negara-negara yang maju. Tambahan pula, pendidikan di Pakistan hanya mementingkan kemahiran asas berbanding dengan penekanan ilmu yang sebenar. Negara ini masih mempunyai tahap pendidikan yang agak membimbangkan kerana masih ramai anak-anak kecil yang tidak bersekolah kerana faktor kemiskinan yang terlampau menyebabkan ibubapa mereka tidak mahu menghantar mereka ke sekolah.

Sistem Pendidikan Pakistan pada peringkat pertama adalah Pendidikan Awal (Pre-Education). Pendidikan tahap pertama sebelum memasuki peringkat pendidikan rendah. Difokuskan kepada kanak-kanak yang berusia 3 hingga 5 tahun. Menekankan pendidikan yang berkonsepkan play group, nursery, dan kindergarten. Setersunya, Pendidikan Rendah (Primary Education) adalah pendidikan pada peringkat kedua setelah pendidikan awal. Pendidikan dasar yang wajib diambil selama 5 tahun. Bertujuan menjadikan murid lebih celik huruf. Meningkatkan aspek keperibadian murid. Mengajarkan pengetahuan yang lebih luas dan mendalam. Meningkatkan kemahiran murid dalam bidnag industri disamping memberikan pendidikan agama yang lengkap. Menekankan penguasan bahasa nasional Pakistan iaitu bahasa Urdu kepada murid.

Setelah itu, murid dinegara tersebut akan diberikan pendidikan aras tinggi iaitu Pendidikan Menengah (Secondary Education). Mempunyai 3 tahap atau peingkat pengasing. Kelas 6 hingga kelas 8 peringkat pertengahan. Kelas 9 hingga 10 tahap secondary. Kelas 11 hingga 12 pada peringkat higher secondary. Pendidikan sekolah menengah lebih berfokus kepada kemahiran sosial, kemajuan dalam ekonomi dan pengembangan saintifik. Akhir sekali, Pendidikan Tinggi (Higher Education) yang merupakan pendidikan paling tertinggi dalam sistem pendidikan di Pakistan. Bertujuan untuk melahirkan lebih ramai ahli sosiologi, ekonomi dan journalism. Pendidikan program bachelor selama 4 tahun. MBA selama 2 tahun dan PHD. Selama 2-5 tahun.Kesimpulannya, sistem pendidikan di negara Pakistan tidak begitu mementingkan pembelajaran yang lebih mendalam kerana pengurusan pendidikan di sana lebih memfokuskan kepada kemahiran-kemahiran yang asas. Hal ini demikian kerana, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan pendidikan di negara Pakistan. 

Negara membangun masih mempunyai banyak halangan dalam urus tadbir pendidikan mereka misalnya negara membangun Pakistan masih jauh ketinggalan dalam pendidikan ekoran kerana beberapa faktoryang menyebabakan ramai anak-anak di negara tersebut tidak mendapat pendidikan yang ada. Tambahan pula, Pakistan mempunyai konflik yang masih bersisa-sisa dengan negara sekitarnya dan ini menyebabakan ramai rakyat negara ini mempunyai keterbatasan dalam menuntut ilmu.

Faktor utama yang menjadi halangan dalam pembangunan pendidikan di Pakistan adalah kemiskinan. Tambahan pula, negara yang hendak membangun masih mempunyai banyak kelemahan yang harus diperbaiki termasuklah dalam skop pendidikan. Di Pakistan masih terdapat ramai kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 5-9 tahun tidak bersekolah kerana faktor kemiskinan di negara tersebut. Dalam sesebuah urus tadbir negara bila adanya permasalah dalam ekonomi maka taraf hidup rakyat juga boleh terjejas. Begitulah yang terjadi di Pakistan apabila berlakunya jurang taraf hiudp yang menjadikan kaya semakin kaya dan miskin semakin miskin ekoran daripada masalah ekonomi negara tersebut.

Pembagunan yang masih kecil di Pakistan menyebabkan banyak kekurangan dalam pelbagai kemudahan dan akses terutamanya dalam pendidikan mereka. Akses yang terhad dalam pendidikan menyebabkan banyak halangan kepada murid-murid yang bersekolah di sana. Tambahan pula, hanya sekolah-sekolah yang tertentu sahaja diberikan akses dan kemudahan yang lengkap yang banyak didominasi oleh anak-anak golongan bangsawan. Di Pakistan, anatar fakotr yang menyebakan ramainya anak-anak kecil tidak mendapat pendidikan awal adalah kerana wujudnya mentaliti ibubapa yang beranggapan pembiayaan sekolah untuk anak mereka hanya satu pembaziran. Oleh hal yang demikian, anak-anak kecil yang masih berusia dalam lingkungan 6/7 tahun dibawa ke ladang atau kebun bagi mengajar mereka kemahiran mengurus ladang dan tanaman. Ibubapa mereka juga beranggap bahawa pendidikan tidak akan memberi kesenagan hidup kepada keluarga dan hanya membazir jika mereka menghantar anak mereka ke sekolah.

Dalam pembangunan abad ke 21 ini terdapat negara membangun yang masih menenkanakan  perbezaan gender anatar lelaki dan perempuan. Di negara ini, perbezaan gender lelaki dan perempuan sangat-sangat ketara terutamanya daam aspek pendidikan kerana hanya anak lelaki sahaja yang diberikan layanan dan pendidkan yang istimewa berbanding anak perempuan yang tidak dibenarkan menuntut ilmu. Tambahan pula, ibubapa menganggap bahawa anak lelaki boleh memberikan kemewahan dan perubahan kepada kehidupan keluarga. Perkara ini dilihat sebagai satu yang serius kerana peratus kanak-kanak perempuan yang tidak bersekolah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pernah juga terjadi beberapa peristiwa dimana ada seorang tokoh wanita Pakistan yang memperjuangkan hak wanita agar tiada diskriminasi antara lelaki dan perempuan.

Apabila wujudnya permasalahan yang besar dalam pendidikan negara maka profesion perguruan turut mendapat kesan yang sama kerana di Pakistan kekurangan guru yang mengajar di skeolah sangat sedikit. Tamabahan pula, ramai diantara guru-guru tersebut adalah golongan lelaki ekoran dari perbezaa gender yang menyababkan tidak ramai wnaita yang memilih guru sebagai profesion mereka. Oleh hal yang demikian, kekurangan guru sangat memberi kesan yang buruk kepada pengurusan pendidikan di Pakistan.

Kesimpulannya, negara yang masih membangun perlu memberikan hak yang sepatutnya kepada rakyat dalam menyuarakan keinginana mereka. Tambahan pula, pihak kerajaan perlu menghapuskan diskriminasi dalam semua asepk yang ada bagi mengelakan penindasan kepada golongan yang kurang berkemampuan. Jika wujudnya sistem pendidikan yang lebih bersih maka akan ramailah para ilmuan yang dapat dilahirkan bagi membantu proses pembangunan negara ke arah yang lebih maju.

FAKTOR KEMUNDURAN PENDIDIKAN DI NIGERIA

Faktor yang pertama dan mungkin salah satu cabaran terbesar yang dihadapi pendidikan di Nigeria adalah pembiayaan yang tidak mencukupi oleh kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan. Pada tahun 2017, sektor pendidikan Nigeria diperuntukkan lebih rendah daripada 26 peratus bajet negara yang disyorkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Seterusnya, tadbir urus yang lemah dan salah mengurus telah melumpuhkan banyak sektor di negara ini yang tidak ketinggalan sektor pendidikan juga diurus tadbir dengan sistem yang lemah. Sikap kerajaan terhadap masalah ini diambil sambil lewa sehinggakan semua kanak-kanak tidak dapat mengakses pendidikan dengan cara yang betul.
            Tidak boleh dinafikan bahawa salah satu masalah yang dihadapi oleh sektor ini adalah jurang jantina. Walaupun Dasar Negara menekankan mengenai pendidikan dan perlembagaan Republik Persekutuan Nigeria. Pada tahun 1999 perlembagaan republik ini menekankan akses yang sama kepada pendidikan oleh lelaki dan wanita di Nigeria. Perbezaan dalam isu gender dalam akses kepada pendidikan masih jelas dilihat dari amalan diskriminasi dalam bidang pendidikan. Kerajaan persekutuan Nigeria melaporkan pada tahun 2003, dianggarkan pada tujuh juta (sekitar 35% daripada jumlah keseluruhan) kanak-kanak Nigeria sekolah rendah yang tidak didaftarkan di sekolah asas. Enam puluh dua peratus daripada tujuh juta adalah wanita. Mereka yang tidak boleh mendapatkan pendidikan rendah boleh mengakibatkan kemerosotan asas untuk perkembangan masa depan. Oleh itu pentingnya dasar kerajaan persekutuan untuk memberi hak pendidikan untuk wanita dan lelaki yang telah diluluskan dan dijalankan kerana ia sepatutnya dilakukan. Kerajaan persekutuan Nigeria menubuhkan sistem pendidikan formal di Nigeria terdiri daripada enam tahun sekolah rendah, tiga tahun sekolah menengah pertama, tiga tahun sekolah menengah awam dan empat tahun universiti. Sebelum kemerdekaan pada tahun 1960 mubaligh Kristian dan Muslim mempunyai sistem pengajaran secara berasingan untuk mendidik penganut, tetapi bentuk ajaran masih mempunyai kumpulan kecil untuk memberi pengajaran. Selepas kemerdekaan sistem pendidikan barat secara rasmi muncul di samping sekolah Al-Quran dengan sistem yang sesuai. Dalam sistem adat, penekanan pendidikan dihidupkan dalam amalan pertanian, perikanan dan pertukangan sementara di Nigeria Utara, semuanya di dalam kelas dipengaruhi oleh Al-Quran.

            Kemudian pada tahun 1970 kerajaan mengambil alih sistem pendidikan. Untuk 20 tahun selepas itu, dana pendidikan tidak mencukupi untuk merealisasikan keseragaman dalam pendidikan, terutama di Nigeria bahagian utara. Terdapat anggaran 55 juta kanak-kanak Nigeria di bawah umur 14 tahun tetapi kemudahan sekolah yang sedia ada hanya dapat menampung kurang dari separuh jumlah ini, sebagai hasilnya, banyak sekolah rendah dan menengah swasta, Universiti-universiti swasta terbentuk, kesan mereka terhadap kekurangan kehadiran kanak-kanak sekolah di Nigeria dikekang oleh kekurangan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Kekurangan kemudahan sedia ada sehingga kebanyakan orang Nigeria mesti membayar bentuk pendidikan swasta yang mahal untuk anak-anak mereka, ia dilihat oleh ramai orang sebagai satu-satunya cara untuk mengakses pendidikan.

Pendidikan adalah proses memudahkan pembelajaran atau pemerolehan pengetahuan, kemahiran, nilai dan kepercayaan. Sektor pendidikan patut diberi perhatian kerana ia memberi ruang kepada pembangunan negara. Malangnya, kualiti dan standard pendidikan di Nigeria berada di tahap yang  miskin kerana ia tidak diberi perhatian yang mencukupi Nigeria menjalankan sistem persekutuan, jadi sistem pendidikan negera dikawal oleh kementerian pendidikan. Sistem pendidikan di peringkat persekutuan juga dikelola oleh kementerian pendidikan. Termasuk pengurusan universiti persekutuan dan sekolah. Sekolah awam dan institusi pengajian tinggi dikawal oleh kementerian di peringkat negeri. Antara faktor yang menyebabkan pendidikan di Nigeria berada di tahap kemunduran ialah kos pembiayaan pendidikan yang kurang, urus tadbir yang lemah, rasuah, kekurangan tanggungjawab dan kawalan terhadap pelajaran, politik dalam pendidikan, kekurangan infrastruktur, tiada disiplin, bimbingan ibubapa yang lemah, kekurangan bahan bantu mengajar, kurikulum dan mata pelajaran yang tidak stabil, keengganan untuk menuntut pelajaran di sekolah, kakitangan yang tidak stabil, kekurangan kebajikan untuk guru, pendidikan yang tidak terurus dan kekurangan dan kos buku yang mahal di semua peringkat pendidikan.

            Kekurangan infrastruktur juga merupakan faktor kemunduran pendidikan di Nigeria. Banyak sekolah tidak mempunyai peralatan asas untuk pembelajaran yang kondusif, terutamanya untuk kelas praktikal sains dan mereka hanya mempunyai pengurusan yang lama. Oleh itu, pelajar hanya mempelajari langkah-langkah teori dan bukannya melaksanakan aspek praktikal. Perpustakaan di sekolah juga tidak mempunyai buku, jurnal dan majalah yang diperlukan. Mereka mempunyai banyak kekurangan dalam hal ini. Ini juga berkait dengan kekurangan bahan bantu mengajar dan ianya boleh membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran para pelajar dan guru. Alat bantu mengajar adalah objek atau peranti yang digunakan oleh guru untuk meningkatkan atau menarik perhatian para pelajar ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Terdapat pelbagai peralatan pengajaran yang boleh digunakan antaranya audio, video, buku, DVD, projektor, komputer dan banyak lagi. Guru sukar menyediakan bahan bantu mengajar kerana peruntukan yang disediakan tidak mencukupi.

 Seterusnya, bimbingan ibu bapa yang lemah juga merupakan faktornya. Seperti yang kita tahu ibu bapa  bertanggungjawab menjaga anak-anak mereka dari segi perkembangan jasmani, kerohanian, minda dan daripada ditimpa kesusahan atau kemudaratan. Kanak-kanak tidak mempunyai kemampuan untuk menjangka akibat sesuatu perkara ke atas diri mereka dan mereka juga tidak tahu membezakan perkara yang membawa manfaat atau sebaliknya (Abdul Monir Yaacob dalam Azrina Sobian, 2007). Namun, ibu bapa masyarakat ini kurang menitik beratkan soal pendidikan anak-anak dan anak-anak terabai dalam mengakses pendidikan. Akhir sekali, kurikulum dan mata pelajaran yang tidak stabil. Salah satu komponen penting daripada sistem pendidikan adalah kurikulum.Kurikulum merupakan komponen pendidikan yang dijadikan acuan oleh setiap unit pendidikan, baik oleh pengurus mahupun penganjur khususnya guru dan guru besar (Fadhilah Razali, 2017).

 Kurikulum yang berkesan adalah menyediakan guru, pelajar, pentadbir dengan rancangan dan struktur yang dapat diukur untuk menyampaikan pendidikan yang berkualiti. Ia bertindak sebagai acuan bagi guru dan pelajar untuk mengikuti proses menuju kejayaan akademik. Di Nigeria, tiada kurikulum yang sesuai dalam sektor ini, kerana perubahan dasar, kebanyakan sekolah tidak boleh mengikuti dan kebanyakan sekolah menggunakan kurikulum bahasa Inggeris.

KESIMPULAN
Pendidikan merupakan perkara penting dalam membantu Negara menjadi sebuah Negara membangun. Hal ini disebabkan, melalui pendidikan masyarakat mendapatkan ilmu lalu mengaplikasikan dalam bidang pekerjaan. Di mana bidang pekerjaan itu merupakan salah satu pemangkin bagi negara mencapai kemajuan.

            Sistem pendidikan yang baik dan telus adalah sistem yang mudah diakses dan tidak membebankan semua pihak iaitu pentadbir, pendidik dan pelajar itu sendiri. Perkara yang membebankan akan melumpuhkan atau menjadi penghalang kepada pelaksanaan atau keberkesanan kemajuan individu tersebut. Maka secara keseluruhannya sistem pendidikan di Malaysai adalah penting dan menjadi keutamaan untuk menangani beberapa masalah yang dijangka di masa hadapan dan bertindak sebagai platform pembangunan modal insan dalam member sumbangan kepada politik, sosial dan ekonomi negara.
RUJUKAN

 Abdullah, N., Mohd Noh, N., Hamzah, M., Yusuf, N., Azmah, N., & Omar, R. (2014).     Kesediaan       guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard         sekolah rendah. JURNAL      PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA, 4(1), 81-96.

Che Isa, Z. (2017). Pembinaan dan pernilaian Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berasaskan lapan prinsip Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) bagi mata     pelajaran kemahiran hidup bersepadu: Kajian di Malaysia. Proceedings of the      ICECRS, 1(1), 1011-1022.

Iksan, Z. B. H., Karim, A. A., Khalid, F., Zakaria, E., Din, R., Daud, M. Y., & Rosli, R. (2015). Lesson Study (Jogyoukenyu): Kajian Perbandingan Jepun dan Malaysia. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Dicapai daripada https://www. academia. edu/9833853/Lesson_Study_Jogyoukenyu_Kajian_Perbandingan_Jepun_dan_Malaysia pada10.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Laporan awal pelan Pendidikan     Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kuala Lumpur: Kementerian       Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2011a). Kurikulum standard sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

OR, M. A., & MAHAMOD, Z. (2014). Penterjemahan Pengetahuan Pedagogi Kandungan dalam            Proses Tindakan Guru Bahasa Iban Baharu dan Berpengalaman Bukan Opsyen (The         Application of the Pedagogical Content Knowledge Among not an Opstion New and          Experienced Iban Language Teachers). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of   Education), 39(1), 37-49.

Putra, A. (2017). Mengkaji dan Membandingkan Kurikulum 7 Negara (Malaysia, Singapura, Cina, Korea, Jepang, Amerika dan Finlandia).


No comments:

Post a Comment