Friday, October 12, 2018

Ringkasan Bab 1



BAB 1

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

Sosiologi bermaksud  kajian sistematik dan saintifik tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut. Masyarakat pula merupakan kumpulan manusia yang saling berhubung bagi membentuk jalinan dalam melahirkan pelbagai fenomena sosial. Manakala sistematik dan saintifik merupakan aspek penting dalam pendidikan kerana bidang pendidikan mempunyai ciri-ciri sains.
Sosiologi  melibatkan manusia oleh itu skop kajian adalah sangat meluas. Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial. Imaginasi sosiologi penting dalam mengenal pasti peranan pendidik dalam masyarakat. Pendidik perlu berupaya melihat kehidupan dirinya dan kehidupan orang lain sebagai berada pada struktur sosial tertentuPendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka  berkhidmat di dunia pendidikan yang dikelilingi masyarakat. Masyarakat  sangat berkait rapat dengan sosiologi.

Oleh yang demikian pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkaitan antara satu dengan lain. Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan (termasuk sekolah) perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi.

PERSPEKTIF TEORI SOSIOLOGI PENDIDIKAN 

Sosiologi merupakan teori yang lahir daripada masyarakat yang menjadi objek dan subjek dalam kajian. 

3 teori utama :-
  1. Fungsionalisme 
  2. Konflik    
  3. Interaksionisme Simbolik 

  1. TEORI FUNGSIONALISME
  • Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat
  • Masyarakat dianggap seperti tubuh yang  mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri [ada tujuan dan keperluan tertentu]
  • Struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat
     2.   TEORI KONFLIK
  • Menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat
  • Berlaku konflik dalam struktur masyarakat
  •  Mengkritik kapitalisme
  •  Persoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya
    3. TEORI INTERAKSIONISME SIMBOLIK 
  • Bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat 
  • Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif 
  • Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia 
  • Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya 
  • Makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan  hubungan bertambah mesra 
  • Makna adalah sesuatu yang dirundingkan   
  • Manusia membentuk hubungan melalui simbol dan proses menginterprestasikan simbol sangat kompleks
  • Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar 
  • Manusia berkeupayaan membuat modifikasi dan alterasi antaranya kerana kebolehan mereka berinteraksi dengan diri sendiri 
  • Kebolehan ini membolehkan mereka memanjangkan kemungkinan kesan tindakan, membuat penilaian kebaikan dan keburukan dan akhirnya  menentukan tindakan atau aksi yang sesuai. Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan masyarakat
SOSIALISASI

Sosiolisasi merupakan proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Tambahan pula, sosialisasi juga satu proses pembelajaran yang berterusan. Bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga/budaya. Apa yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep . Semakin dewasa manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi.

• Teori Sosialisasi memberi perhatian kepada:-
a) Perkembangan kognitif 
b) Pemerolehan moral 
c) Perkembangan kemahiran sosial

Jenis-jenis sosialisasi:-
1) Primer (Permulaan)
2) Sekunder (Penyertaan)
3) Resosialisasi (Semula)

Faktor-faktor yang melingkari sosialisasi :-
a) Keluarga
b) Agama
c) Pendidikan
d) Ekonomi
e) Kerajaan

Kesimpulan
Sekolah merupakan agen sosialisasi yang paling berpengaruh dalam sistem pendidikan yang diamalkan di negara kita.









No comments:

Post a Comment